syifaaina509
3 tahun
Masuk angin sakit pinggul, punggung sehingga kaki
Saya wanita umur 20 tahun…sebelum ini saya pernah mengalami keadaan yang sama. Saya sudah berjumpa dengan dokter. sehingga sekarang saya belum sembuh. Sebelum dan selepas makan saya rasa loya dan nak muntah…tetapi tidak muntah. Badan belakang saya sakit2 sehingga pinggang. Sebelum ini sakit kepala. Warna air kencing dan najis saya tiada masalah. Saya kerap berasa lesu. Dan selepas makan mesti saya akan membuang. saya dah mkan vitamin…apa ini ada tanda kanser?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci daripada anda bagi kami memahami masalah dan mengenalpasti punca sebenar masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, masalah sakit belakang boleh dsebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca masalah seperti yang anda terangkan di atas, antaranya ialah:
- ketegangan otot atau ligamen
- slipped disc tulang belakang
- arthritis
- sciatica, masalah pada saraf tunjang
Saya mensihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika:
- kesakitan anda berpanjangan lebih seminggu
- kesakitan tidak hilang bila rehat atau baring
- kesakitan merebak sehingga ke kaki
- menyebabkan rasa kebas pada kaki
- kesukaran untuk kencing
- demam
- penurunan berat badan yang mendadak (petanda kemungkinan kanser)
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!