dark.choc86
4 tahun
Mata bayi berair dan bertahi mata
Anak saya berumur 6 bulan. Baru pulih dari demam. Demam selama 2 hari. Selepas pulih dari demam saya perasan mata anak saya kerap berair dan bertahi mata. Tahi mata berwarna putih/kuning. Suhu badan sekarang sekitar 36°. Normal ke mata berair dan bertahi mata selepas demam?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Konjunktivitis
- bakteria
- Virus
- Alahan
- Ubat titis di mata
Kadang-kala, selepas bayi demam lebih-lebih lagi sekirannya mereka mendapat jangkitan virus, mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat jangkitan kuman. Masalah ini boleh berkaitan atau masalah yang asing dari demam yang telah anak puan hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang bayi anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit tersebut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.