Sulit
2 tahun
Mata bayi berdarah sebelah kiri
Hello, anak saya umur 15bulan. Saya baru cek mata dia ada darah di biji mata kiri dia. Mahu ke pakar kanak2 tapi semua half day.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan anda, masalah pada mata bayi anda seperti keadaan serius. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, darah pada bahagian putih mata bayi boleh disebabkan beberapa perkara. Ia boleh disebabkan fisiologi normal iaitu apabila bayi bersin, batuk atau muntah. Ia juga boleh disebabkan oleh penyakit seperti:
- Trauma
- Jangkitan pada mata
- Pendarahan falam mata
- Masalah darah beku
- Kanser
Ini hanyalah diagnosis umum. Bagi rawatan lanjut, sila rujuk masalah ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.