
Sulit
5 tahun
Mata bengkak dan sering gatal gatal
saya wanita berumur 19 tahun. mata saya sering bengkak dan gatal gatal. kadang kadang berdenyut juga.bila saya garu, lama lama akan timbul macam satu ketulan dalam kelopak mata. saya start kena masa umur 14 di mata belah kiri dan sampai sekarang tak elok.dan sekarang melarat pula di mata sebelah kanan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Allergic rhinitis
- jangkitan kulit pada kelopak mata
- alahan pada produk pencuci
- alahan pada makanan
- trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.