
Sulit
4 tahun
Mata Bengkak sehingga 3 hari dan bengkak semakin besar
Saya mengalami sakit mata iaitu mata bengkak yg dah berlarutan selama 3 hari. Pada malam sebelum mata saya bengkak, kedua-dua biji mata saya rasa macam ketat dan susah untuk fokus dekat sesuatu benda. Esoknya mata saya terus bengkak tapi bengkak kecil saja. Mata saya bengkak dekat sebelah kanan. Saya gosok mata sebab gatal. Esoknya bengkak tu makin besar dari kelopak mata hingga ke kawasan bawah mata / eyebag area. Masa tu pun saya gosok mata jugak. Lama juga lah saya gosok mata sbb mata rasa gatal. The next day, bengkak tu semakin besar dan nampak macam lebam/kehitaman area mata. Mata saya tak sakit cuma rasa gatal dan berair & mata saya tak dapat nak bukak besar. Lepastu, hari sebelum mata saya bengkak, hari pertama dan hari kedua, saya ada picit small bumps atas dahi yang berdekatan dengan area mata sebelah kanan (area kening kanan). Yg tu ada kaitan dengan pembengkakan mata saya ke? Atau takde?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala mata bengkak, seperti:
- Jangkitan mata
- Periorbital cellulitis
- Sinfrom nefrotik
- Reaksi alahan
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar masalah anda memandangkan pemeriksaan bersama dengan doktor perlu dilakukan terlebih dahulu.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Sakit dan/atau gatal di bahagian mata
- Gangguan penglihatan (visual disturbance)
- Terdapat nanah atau cecair pekat di bahagian mata
- Sesak nafas
- Kaki bengkak
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.