
wanhidayatul91
5 tahun
Mata berdenyut denyut
Doctor, saya skrg mengalami sakit mata berdenyut2 di sebelah kanan… Rasa berdenyut² rasa dari dalam mata… Kenapa yer…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mata berdenyut-denyut yang anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Sakit migrain
- Jangkitan dalam mata
- Glaukoma
- Tekanan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.