
Sulit
4 tahun
Mata dan dahi bengkak jatuh
mata dan dahi saya bengkak akibat jatuh…ubat mana yg sesuai utk surut bengkak ni???

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaupun bengkak pada mata dan dahi yang anda alami boleh disebabkan oleh trauma atau jatuh, informasi tambahan tetap perlu diketahui bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar.
Lazimnya bengkak pada mata akibat trauma yang ringan boleh surut dengan sendirinya, namun ia boleh dipercepatkan dengan
- tuam air sejuk (biasanya dianjurkan pada bengkak yang berlaku kurang dari 48 jam)
- atau pengubatan namun memerlukan pemeriksaan di klinik atau hospital terlebih dahulu
Walau bagaimanapun, bengkak yang disertai luka terbuka, perlu ditanggani di klinik atau hospital yang berdekatan.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru untuk mengetahui rawatan yang terbaik, punca sebenar perlu di evaluasi terlebih dahulu. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).