
Sulit
4 tahun
Mata hitam ada garis putih
Saya wanita berusia 20’an mengalami gatal mata, mata merah dan sedikit garis putih di mata hitam, dan pekerjaan sy sbgai cust service memerlukan sy utk berhadapan dgn komputer sepanjang masa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kerisauan anda yang anda hadapi. Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa mata anda mengalami keadaan sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Antara sebabnya adalah:
- Jangkitan pada konjunktiva (conjunctivitis)
- Ulser kornea (corneal ulcer)
- Cara penggunaan kanta lekap (contact lens) yang tidak bersih
- Glaukoma
- Pendarahan di lapisan subkonjunktiva (Subconjunctiva hemorrhage)
Untuk mengetahui punca sebenar, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dilakukan kepada mata anda dan supaya rawatan sesuai boleh diberikan.
Terima kasih kerana menghubungi kami. Anda boleh menghubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi peribadi di atas talian. Terima kasih.