
Sulit
3 tahun
Mata Kanan tidak selesa dan berdenyut setiap masa
Salam Doctor. Saya telah disahkan mempunyai Pituitary Adenoma. Pada keputusan MRI yang paling latest mendapati, cyst tersebut telah membesar. Saya mengalami sakit kepala berpanjangan dan mata kanan saya sakit seperti ada compression dari dalam yang membuatkan mata saya tidak berasa selesa pada setiap masa. Selepas ujian bersama Doctor Mata, mereka mengatakan mata saya cuma kering. Sedangkan dari keputusan MRI, doctor endocrine mendapati ketumbuhan berada rapat dengan saraf mata saya yg mana berkemungkinan itu penyebab saya mengalami sakit mata sebelah kanan sahaja. Mata saya bukan saja berdenyut, malah berair tiba2 seperti menangis, dan pedih ketika meletakkan eye drops. Tetapi hanya berlaku di mata kanan sahaja. Jika saya mendengar audio dari laprop, headphone, tv ataupun radio, kepala saya akan mula berdenyut dan mata yg telah sedia ada sakit akan berdenyut lebih kuat dari biasa. Harap doktor dapat kenal pasti kenapa ini berlaku sedangkan doctor mata hanya dapati mata saya hanya kering. Thanks !

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mata kanan yang tidak selesa dan berdenyut setiap masa. Secara umum, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Sakit migrain
- Jangkitan dalam mata
- Glaukoma
- Tekanan darah tinggi
- Ketumbuhan pada bahagian mata, saraf atau otak - perkara ini memerlukan evaluasi secara terperinci
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.