
norarfahali
5 tahun
Mata kering di sebelah mata kiri dan katarak
Saya mengalami dry eyes dan telah ke pakar mata untuk pemeriksaan. Doktor telah memberikan saya systane ultra untuk mata saya. saya ingin bertanya sampai bila saya harus menggunakan systane ultra untuk mata saya. Adakah untuk selama-lamanya atau ada tempoh had untuk penggunaan ubat titis tersebut. Mohon pencerahan Puan/tuan doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat titis tersebut disarankan untuk digunakan sepanjang anda mengalami masalah mata kering. Pada masa yang sama, anda disarankan untuk mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan mata kering seperti:
- Kurangkan penggunaan penghawa dingin
- penggunaan komputer/ membaca dalam gelap
- Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mata kering seperti ubat selesema dan macam-macam lagi
- terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan
- angin yang berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.