
nee.keyja
5 tahun
Mata kiri saya penglihatan kabur bahagian bawah
selamat sejahtera dr, saya berumur 26 tahun…baru2 ini saya memgalami sakit mata sebelah kiri, dlm dua hari kemudian saya perasaan penglihatan mata saya sebelah kiri seakan berkabus…saya cuma nampak objek bahagian atas shj, objel bahagian bwah saya tidak dapat lihat…seakan mata saya memiliki kabus…apakah masalah yang saya hadapi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Penglihatan kabur seperti kabus boleh disebabkan banyak perkara, antaranya:
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata
- Penggunaan ubat titik pada mata
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.