
19pudge86
4 tahun
Mata Masih kabur selepas Bedah Glucoma
Mata saya masih kabur doktor selepas saya bedah dan saya telah menggunakan ubat titik alcom amxidex selama 3 bulan…namun bergitu mata saya seperti semakin kabur… kenapa gejala ini berlaku doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda gunakan adalah mengurangkan iritasi atau keradangan pada bahagian mata selepas pembedahan. Namun begitu, kami tidak dapat memastikan mengapa anda masih mempunyai masalah penglihatan walaupun telah menjalani pembedahan. Maklumat lanjut mengenai masalah tersebut adalah diperlukan dan anda perlu diperiksa oleh doktor yang merawat anda.
Sebagai maklumat tambahan, glaukoma tidak mempunyai penawar. Tetapi rawatan awal boleh membantutkan perkembangan penyakit tersebut sama ada menggunakan ubat titik atau pembedahan untuk mengurangkan tekanan di dalam mata.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.