
Sulit
3 tahun
Mata merah sebab gatai2 dekat mata
Mata asyik gatai2 je lepas tu jadi merah Kat mata .mata asyik berair je bila gatai2 tepi mata akan merah …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah mata gatal, merah dan berair. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Keletihan
- Terdedah kepada cahaya terlalu lama
- Kurang rehat dan tidur
- Pengambilan kafein
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Radang sinus
- Jangkitan Virus dan Bakteria
- Alahan – habuk, debunga atau asap
- Keradangan
- Saluran air mata tersumbat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.