
Sulit
2 tahun
Mata merah sejak kecil lagi
Saya bertanya bagi pihak kawan lelaki saya yang berumur 25 tahun , kawan ada masalah mata merah sejak kecil lagi . Kawan saya tidak ada masalah macam gatal , sakit mata dll.Cuma mata dia merah. Saya ingin mengetahui apakah puncanya dan bagaimanakah ingin menghilangkannya ? bolehkah kurangkan merah itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan dan pemeriksaan diperlukan bagi mengenalpasti punca mata merah rakan anda. Namun terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan gejala mata merah seperti:
- Pendarahan spontan mata
- Jangkitan dalam mata (konjunktivitis/iritis)
- Jangkitan sifilis/gonorrhoea - dari ibu ke anak atau dari hubungan seksual
- Alahan mata - pada habuk atau penitis mata
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.