
Sulit
4 tahun
Mata merah sepet dan berair. Tak da tahi mata dan tak gatal
Saya berumur 20 an. Sudah 3 hari Mata merah sepet dan berair. Tak da tahi mata dan tak gatal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mata merah, sepet dan berair. Punca mata menjadi merah boleh dibahagikan mengikut kawasan mata yang terlibat. Antara bahagian yang boleh ditemui pada mata termasuklah biji mata (eyeball), kelopak mata (eyelid), sklera (sclera), konjunktiva (conjunctiva), dan kelenjar air mata (lacrimal gland). Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh berpunca daripada pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Pendarahan subkonjunktival
- Konjunktivitis (keradangan lapisan konjunktiva)
- Episcleritis (keradangan lapisan episklera)
- Glaukoma akut
- Ulser kornea
- Uveitis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.