
Sulit
4 tahun
Mata pedih/meLekat(tiada tahi mata)
Hi doc,sy pn.yati,berumur 48thn.2buLan Lepas sy ada buat rwtn d cLinic mata(mata hitam kiri trdpt Luka keciL).Dan Luka trsebut sudh pun sembuh.Jadi sekarang ni masaLah sy iaLah(perkara ni,sudah 2/3 kaLi berLaku,seLepas 2buLan sembuh dr Luka).BiLa sy bangun dr tidur,mata sy meLekat(tiada tahi mata),dan rasa trLaLu pedih,mcm pedih Luka semuLa,ttp pedih trsebut tidak ambiL masa yg Lama.Apakah sy perLu refer semuLa ke cLinic mata atau sy hanya perLu guna pelembap mata yg ada d farmasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang puan berikan, kami memahami kebimbangan puan mengenai masalah mata pedih yang puan alami. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman dalam mata
- Alahan mata - seperti pada debu atau produk pembersih
- Masalah rabu/astigmatism
- Glaukoma - sekiranya anda mempunyai faktor risiko seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
Anda amat disarankan untuk pergi ke klinik atau hospital yang terdekat dengan segera sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
- Ditambah dengan gejala lain seperti sakit kepala dan penglihatan yang kabur
Untuk mengatasi rawatan yang tepat kepada masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Memandangkan terdapat pelbagai jenis pelembap mata di farmasi samada dengan penambahan kandungan ubat lain atau tidak, adalah sebaiknya anda merujuk kepada doktor. Hal ini kerana doktor dapat memberikan pelembap mata yang sesuai dengan kondisi mata anda setelah pemeriksaan susulan bagi mencegah sebarang komplikasi.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.