
freddil86
5 tahun
Mata pedih seperti masuk habuk
Salam dan selamat pagi doktor. Bangun pagi tadi mata sebelah kiri saya macam masuk habuk. Berkali kali saya cuci dengan air dan ubat mata tapi tidak hilang pedih. Pedih tu sekejap ada sekejap tiada,kalau saya bergerak baru terasa. Macamna ya doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mata pedih yang anda alami boleh disebabkan:
- Kemasukan bendasing seperti habuk
- Jangkitan kuman seperti virus/bakteria yang menyebabkan radang konjunktiva
- Alahan mata
- Kesan titisan pada mata
- Gejala kepada penyakit seperti penyaki kelamin (seperti klamidia), penyakit radang usus, penyakit tulang belakang (ankylosing spondylotis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.