
Sulit
5 tahun
Mata putih ada beku darah
saya mau tanya …adakah beku darah dimata bahaya …mata saya gatal sya gosok smpai menyebabkn mata ada beku darah titik kecil…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah dan ianya boleh terjadi disebabkan oleh beberapa penyakit. Antaranya:
- Pendarahan di dalam konjunktiva kerana trauma
- Konjunktivitis
- Sindrom mata kering
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.