
Sulit
4 tahun
Mata Putih Luka bulat kecil merah akibat terkena benda tumpul iaitu bucu handphone
Saya 3 Hari lepas terkena bucu handphone pada mata kanan says semasa sedang baring sekejap,tiba2 adik kecil lepaskan handphone pada depan mata saya.Terus jd pedih Dan urat mata jd merah Serta tompokan bulat merah terhasil seperti darah pada mata putih Saya.
Sehingga Hari ni mata Saya jd kering Dan pedih Serta terasa sakit macam lebam.
Jadi doktor,adakah sakit tompok darah akibat mata putih it berbahaya Dan adakah ianya akan kembali pulih semula?
Jika saluran darah pecah boleh ke ia balik dengan sendirinya until sembuh kembali Dan hilang kesan tompok merah akibat terkena benda tumpul atau tajam??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini berkemungkinan tinggi merupakan saluran darah yang pecah akibat trauma. Ia akan mengambil masa untuk hilang. Anda boleh menggunakan titisan mata biasa untuk melembapkan mata anda. Sekiranya simptom lain seperti mata merah berlaku, anda digalakkan untuk terus ke klinik terdekat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.