
Sulit
4 tahun
Mata Rabun,kelopak mata
apakah ciri-ciri Mata sihat dan tidak sihat ?.. dan saya rasa macam kelopak mata saya macam nak tutup ja skit demi sedikit

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara ciri-ciri mata yang sihat ialah:
- Berkelip sebanyak 10-15 kali dalam seminit
- Kelopak mata dapat buka dan tutup dengan baik
- Kelopak mata tidak bengkak
- Bulu mata tumbuh ke arah luar
- Mata tidak bengkak dan menonjol keluar
- Boleh mengeluarkan air mata
- Mata dapat lihat dengan sempurna
- Mata tidak warna merah
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom seperti:
- Kelopak mata semakin menutup mata
- Kesukaran untuk menutup atau kelip mata
- Selalu keluar air mata
- Gangguan pada penglihatan
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.