
Sulit
3 tahun
Mata Sakit Merah Bengkak Disebabkan Kena Betumbuk?
Apa Khabar Doktor?
Di Sini Saya Ada Nak Tanya Sikit, Masalah Saya Ni Mata Sakit Merah Bengkak Sebab Kena Tumbuk, Nak Tanya Bubuh Apa Ye Untuk Legakanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Secara umum, cara untuk melegakan mata bengkak apabila berada di rumah adalah:
- Kompres sejuk pada mata selepas kecederaan. Dengan menekan lembut pada mata, letakkan pek sejuk atau kain yang berisi ais ke kawasan sekitar mata anda. Berhati-hati agar tidak menekan terlalu kuat. Ulangi beberapa kali sehari selama satu atau dua hari.
- Sekiranya ada pendarahan di bahagian mata, dapatkan rawatan segera oleh doktor atau pakar mata
- Kompres panas. Ini mungkin berguna setelah beberapa hari apabila pembengkakan telah surut. Ulangi beberapa kali sehari selama satu atau dua hari.
Bagaimanapun, sila berjumpa doktor dengan kadar yang segera sekiranya anda mengalami:
- masalah penglihatan (penglihatan berganda, kabur)
- sakit teruk
- lebam/bengkak di kedua-dua mata
- pendarahan pada mata atau dari hidung.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika gejala anda masih berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.