
Sulit
3 tahun
Mata sebelah kiri menjadi kabur dan pedih selepas 2 minggu
Mata sebelah kiri saya menjadi kabur dan pedih selepas 2 minggu,minggu pertama mata saya berasa gatal dan bertukar menjadi merah saya ada berjumpa dengan doctor dan dikatakan conjunctivitis pada mata kiri saya dan doctor mempriscribe saya ubat titis mata antibiotic (chloramphenicol) dan eye ointment (chloramphenicol) sy mengunakan ubat selama seminggu tetapi mata kiri saya semakin teruk sentiasa menjadi kabur dan berterusan setiap hari hingga minggu kedua.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kepedihan dan kaburan mata kiri. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata
- Penggunaan ubat titik pada mata
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.