
Sulit
4 tahun
Mata sebelah kiri rasa gatal2 dan rasa sakit
Saya perempuan 21 tahun mengalami sakit mata rasa gatal2 kemudian radar sakit di Mata sebelah kiri

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala mata gatal dan pedih yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dalam mata
- Alahan mata - seperti pada debu atau produk pembersih
- Masalah rabun/astigmatism
- Glaukoma - sekiranya anda mempunyai faktor risiko seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.