
Sulit
5 tahun
Mata selalu menjadi merah
Saya seorang wanita berumur 23 tahun …sejak seminggu yang lalu mata saya sering menjadi merah tetapi tidak menyakitkan tiada rasa gatal…tetapi ramai org yg tegur mata saya sangat merah…boleh bagi tahu saya sebab apa…Dan perlukah saya memakai ubat mata

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda sakit mata yang merah dan berair boleh disebabkan:
- Radang - Konjungtiva/uvea/sklera yang disebabkan oleh jangkitan
- Galukoma
- Kemasukan habuk/objek luar
- Mata kering - kuasa cermin mata tidak cukup/dehidrasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.