Sulit
6 tahun
Mata (selaput atau apa?)
Dr, ini berkenaan dengan mata ayah saya. Beliau mempunyai masalah mata yang semakin teruk. Jauh confirm la tak nampak, dekat pun dia tak nampak. Kena betul2 ada depan mata & scan in 5 sec baru dia nampak. Adakah masalah selaput mata…? Akan tetapi dia masih menidakkannya. Kami sekeluarga puas pujuk untuk bawa beliau ke hospital tapi ayah saya masih percaya kata2 di facebook bahawa tak perlu percaya akan dr di hospital. Nanti jadi lagi teruk kat mata. Sepupu saya seorang nurse pun dia telah check mata ayah saya dan ayah saya masih menidakkanya. Dr apa perlu saya buat? Saya ingat saya ingin membuat temujanji di hospital dan direct bawa jumpa dr dan biar dr ckp sendiri. Dr saya buntu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit mata disebabkan faktor umur
- Katarak
- Glaukoma
- Diabetik retinopati (Sekiranya terdapat kencing manis)
Memandangkan penglihatan ayah anda sudah terjejas, pihak kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor mata dengan segera sebelum terlambat.
Bagi masalah diatas, jika masih diperingkat awal, terdapat rawatan yang boleh diberikan untuk merawat masalah tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




























