
Anonymous
5 tahun
Mata sepet sebelah dari kecil (tiada kelopak mata)
Adakah pembedahan utk saya ya?
Semakin dewasa, mata saya yg sepet ni nmpk lebih ketara sepetnya (kelopak tiada n makin labuh)

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Butiran maklumat dari anda adalah kurang jelas dan semestinya kami memerlukan butiran lanjut untuk mengenalpasti gejala sebenar yang anda alami seterusnya berusaha untuk membuat diagnosis yang tepat agar rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Dari maklumat yang terhad itu, gejala tersebut berkemungkinan adalah gejala ‘unilateral ptosis’. Namun itu bukanlah suatu diagnosis atau kenyataan muktamad. Konsultasi lanjut, pemeriksaan kesihatan dan ujian adalah dipelukan bagi mencapai diagnosis muktamad agar rawatan sewajarnya dapat diberikan.
Unilateral ptosis boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya:
- Masalah saraf
- Horner syndrome
- Faktor usia (namun ia selalunya mengakibatkan bilateral ptosis)
- Myasthenia gravis
- Bell’s palsy dan sebagainya
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.