
Sulit
5 tahun
Mata sepet sebelah (mata malas)
Hi doctor, saya seorang perempuan berumur 21 tahun. Saya mengalami masalah mata sepet sebelah dan sering berair. Kadang-kadang ia mengganggu penglihatan saya kerana mata saya kurang berasa selesa dan muka saya kelihatan tidak sihat kerana mata saya lain sebelah. Jadi saya ingin bertanya adakah masalah mata lain sebelah ini dapat diatasi dengan melakukan urutan ringan pada mata tersebut? Jika saya melakukan urutan tersebut adakah ia akan memburukkan lagi masalah yang saya hadapi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah mata kuyu yang anda alami anda boleh timbul akibat penyakit dalaman seperti:
- idiopatik
- masalah saraf mata
- penyakit genetik seperti myasthenia gravis, myotonic dystrophy
- kencing manis
- sumbatan saluran darah mata
- akibat stroke dsb
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.