
Anonymous
2 tahun
Mata susah nak berkelip
mata sebelah kiri saya berair dan tidak selesa . mata sebelah kiri saya juga tidak boleh berkelip . saya syak mungkin ini kesan sampingan sebab sebelum ini saya kena beguk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, biasanya pergerakan kelopak mata dikawal oleh saraf. Walaupun beguk boleh menyebabkan komplikasi pada bahagian otak, biasanya gejala yang boleh muncul adalah lebih serius.
Berkenaan dengan masalah kelopak mata dan mata anda yang berair, terdapat kemungkinan anda mengalami jangkitan mata atau dikenali sebagai conjuctivitis. Sila rujuk perkara ini dengan lebih lanjut agar puncanya dapat dikenal pasti dan dirawat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.