
Sulit
4 tahun
Mata terangkatl apabila makan
Saya perempuan berumur 18 tahun . Dulu masa saya kecil , mak saya bagitahu ada sesuatu masuk dalam mata saya seperti binatang yang tajam . Bila pegi hospital , doktor tu keluarkannya . Tapi bila saya dh besar , baru saya perasan bila saya makan , mata kiri sayaa akan terangkat apabila saya mengunyah . Sampai sekarang saya mencari jawapan , adakah disebabkan effect yang dahulu binatang yg masuk dalam mata saya ? Boleh bagi penerangan tentang ni ? Also , suggestion what should i do ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah mata.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya perlu lakukan pemeriksaan secara fizikal di klinik untuk mngetahui hal sebenar anda. Saya kurang pasti tentang keadaan mata yang anda terangkan. Namun begitu, ia mungkin disebabkan oleh:
- Kerosakan saraf
- Masalah otot di mata
- Masalah mata yang kronik
Saya menyarankan anda untuk ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.