
Sulit
4 tahun
Mata tidak dapat fokus secara konsisten
Saya merupakan individu berumur 18 tahun. Saya hadapi masalah kesukaran untuk fokus secara konsisten.Misalnya,kalau saya baca buku,kadang kala susah untuk fokus sehingga jelas dan kabur menjadi selang-seli. Hal ini juga berlaku apabila saya melihat objek jauh.Fokus mata saya seolah-olah seperti mengelamun tetapi hakikatnya saya sedang fokus.Tetapi, setakat ini saya masih tidak mengalami sakit kepala. Namun,masalah ini kadangkala amat menyusahkan. Adakah senaman mata cukup untuk saya atasi masalah ini? Adakah masalah ini berlaku kerana saya stres? Apakah nasihat doktor dalam menangani masalah ini? Terima kasih, doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Kerap menonton tv, laptop, telefon bimbit
- Tekanan darah rendah/tinggi
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.