
Sulit
2 tahun
Mata tidak nampak warna
Adik lelaki saya berumur 22 tahun. Siang tadi dia buat medical checkup. Dan dia dapati dia buta warna. Tetapi semasa medical checkup pertama pada usia 19 tahun keadaan mata baik sahaja. Apakah punca masalah dia sebenarnyap

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah buta warna ini seringkali mengenai kaum lelaki kerana faktor genetik. Antara punca lain bagi buta warna adalah seperti kecederaan mata namun ianya jarang berlaku. Pada pemeriksaan kesihatan ketika umur 19 tahun bagi adik lelaki anda, mungkin masalah buta warna ini masih tidak dijumpai atau terlepas pandang. Pemeriksaan mata yang menyeluruh diperlukan bagi memastikan kesihatan mata adik anda berada pada paras yang sihat. Sekian