
Sulit
3 tahun
Mata yang merah dan kekuningan
Helo dr, saya seorang wanita berumur 27 tahun. Sejak sekolah menegah sehingga la hari ini saya amat bergantung sekali dengan pemakaian contact lens tiap hari. Apa yang saya alami, keadaan mata saya sekarang tiap kali sy memakai contact lens, mata saya menjadi merah,iaitu muncul urat² merah. Hal ini menyebabkan timbulan urat² mata tersebut berkekalan walaupun tidak memakai contact lens. Saya ingin bertanya, apakah produk yang sesuai untuk saya putihkan kembali bola mata saya kerana ianya menggangu pada penampilan. Saya juga ingin tahu adakah produk seperti INNOXA BLUE DROPS sesuai untuk digunakan untuk masalah seperti saya ini. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah pada mata anda, mata merah, muncul urat merah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala mata merah anda boleh disebabkan oleh beberapa punca, contohnya:
- Kerengsaan biasa
- Tindak balas alahan
- Keradangan mata
- Kecederaan mata
- Jangkitan mata
Punca penyebab atas biasanya menyebabkan gejala yang anda mengalami ini. Gejala yang serupa sekali ini amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian. Innoxa blue drops anda boleh cubakan tetapi ia bukan ubatan sebenarnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klikl pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Mata.