
Sulit
4 tahun
Mati pucuk Dan sakit di bahagian zakar. Bagi saya tips untuk memulihkan
Saya telah beronani sejak 13 tahun. Sekarang saya berumur 24 tahun. Sekarang baru saya rasa sakit dan amat terganggu pada bahagian zakar.

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah zakar sakit boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Peyronie’s Disease (apabila terdapat keradangan pada otot tisu zakar anda yang menyebabkan penghasilan tisu parut pada bahagian otot zakar)
- Priapism (zakar menegang dengan terlalu lama dan menyebabkan kesakitan akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit darah beruk, gangguan mental, penyakit darah, penggunaan alkohol, kecederaan pada zakar atau saraf tunjang)
- Balanitis (jangkitan pada kulit zakar)
- Kecederaan pada zakar
Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya mati pucuk. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.
Antara faktor-faktor yang boleh diubah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah kesihatan mental
Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Dengan mengawal dan merawat faktor-faktor yang boleh diubah, risiko mati pucuk dapat dikurangkan dan ia juga boleh merawat keadaan mati pucuk. Gaya hidup yang lebih sihat, mengurangkan berat badan, berhenti merokok, diet yang lebih seimbang, menguruskan tekanan emosi dengan lebih baik serta mengelakkan aktiviti seksual yang tidak sihat turut membantu dalam merawat keadaan mati pucuk.
Untuk mengetahui punca serta rawatan kepada masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah