
Sulit
4 tahun
Melakukan Hubungan sex
Saya telah melakukan hubungan sex bersama pasangan dan saya memakai condom tetapi sebelum melakukan sex saya telah ejakulasi kemudian basuh dan memakai condom utk melakukan sex. Adakah ia ada risiko utk mengandung?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, risiko pasangan anda untuk hamil adalah rendah kerana melakukan seks dengan perlindungan, namun kehamilan adalah tidak mustahil. Faktor waktu kesuburan pasangan anda juga memainkan peranan dalam kehamilan. Jika pasangan anda tidak mengalami haid selama 2 minggu, saya sarankan anda untuk melakukan ujian kehamilan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.