
Sulit
4 tahun
Melakukan rawatan ivf
saya menjalani rawatan ivf,pada 29/3/21 telah menjalankan ET dan doc memasukkan 2 embrio… saya diminta check kehamilan menggunakan upt di rumah sahaja pada 13/4/21…hasilnya negetif,dan saya ulang pada 14/4/21 still hasilnya negetif…adakah saya tidak berjaya dlm proses ivf ni??saya buat ivf sbb sya sudah ikat masa pregnant anak ke 3 pada tahun 2011,suami saya mahu anak lagi…jadi kami cuba rawatan ivf…minta penjelasan dri doc adakah saya tidak berjaya hamil dgn rawatan ivf ni dgn keputusan hampir 2kali test hamil negetif?atau saya perlu tunggu lagi beberapa minggu baru lakukan test kehamilan lagi…simpton² yg saya rasa lepas ET saya cpt letih,kurang oksigen,berat bdn naik…sekrg puasa sya rasa berat bdn dah semakin kurang 2kg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan tidak berjaya
- Hormon hCG adalah terlalu tinggi atau rendah untuk dibaca oleh kit ujian kehamilan
Berikut juga beberapa sebab mengapa kit ujian kehamilan menunjukkan keputusan negatif:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Selain itu, keputusan yang negatif mungkin merupakan false negative. Ia juga tidak menidakkan kemungkinan seseorang itu hamil. Oleh itu, pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini bersama dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan tindakan lanjut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.