Sulit
4 tahun
Meludah ada sedikit darah
Hai Doktor,
Dalam 2 3 harini, saya merasakan keperitan di tekak. Bila minum air keperitan hilang. Pagi ni saya bangun dan meludah terdapat sedikit darah. Kenapa hal ini berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air liur kemerahan (atau berdarah) boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan gusi
- Ulser mulut
- Jangkitan kulat
- Kanser seperti kanser oral
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.