
Sulit
4 tahun
Mempunyai anak yang mempunyai penyakit g6pd
Sy ibu kepada bayi yang mempunyai penyakit g6pd,bolehkah sya memakan fucuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah tentang kerisauan yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kekurangan G6PD adalah disebabkan oleh kekurangan enzim G6PD ( Glucose-6-phosphate dehydrogenase ) dan boleh diwarisi kepada anak lelaki. Tujuan enzim ini adalah untuk melindungi darah daripada pecah apabila terdedah kepada ubat-ubatan dan makanan tertentu.
Untuk menjawab pertanyaan anda, jika anda masih menyusukan bayi, hindari daripada memakan fucuk yang terdiri daripada kacang soya. Selain itu elakkan makanan seperti:
- asik askorbik tiruan dalam vitamin c
- kekakacang
- makanan yang mempunyai pewarna tiruan methylene, touludine blue dan sulfida.
Anda juga boleh berhubung dengan kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan G6PD dan suplemen yang anda ingin ambil. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.