
Sulit
5 tahun
Mempunyai anxiety dan kerap berdebar
salam sejahtera, saya remaja 18 tahun mempunyai anxiety. Saya kerap diserang panik dan saya akan berdebar2 jantung saya menjadi laju sehingga sesak nafas. Saya telah membuat ECG dan blood test keputusannya ialah normal. Tetapi sehingga sekarang saya mudah rasa cemas dan berdebar. Saya memppunyai ubat apo propanolol yang diberikan boleh atau tidak saya ambil ubat tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Pertama sekali mengenai masalah anxiety serta serangan panik anda, ianya diagnosis yang diberikan oleh dktor pakar psiakitri selepas pemeriksaan lanjut. Sekiranya diagnosis tersebut memang dari doktor, maka ubat propanolol tidak sesuai dengan anda.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar psiakitri bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.