
maisarahrodzi
5 tahun
Mempunyai anxiety sehingga sukar bernafas
Saya mempunyai anxiety disorder dan saya dapati ia menjadi semakin teruk dan kadangkala menjejaskan kerja saya. Saya telah berjumpa doktor dan saya perlu dirujuk kepada doktor pakar. Tapi keluarga saya tidak benarkan saya dirujuk psikiatri. Jika saya berjumpa doktor pakar, adakah saya perlu bergantung kepada ubat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, rujukan kepada pakar psikiatri adalah disarankan kerana masalah seperti ini tidak akan baik dengan sendirinya. Anda boleh berbincang dengan keluarga anda semula bagi meyakinkan mereka mengenai kepentingan rujukan bersama pakar. Apabila berjumpa bersama pakar, masalah keresahan (anxiety disorder) ini tidak semata-mata akan bergantung kepada ubat. Antara rawatan lain adalah rawatan psikoterapi dan lain-lain lagi yang tidak memerlukan ubat. Oleh itu, anda disarankan semula untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan dengan lebih lanjut. Sekian