
Sulit
4 tahun
Mempunyai imaginasi dan halusinasi secara mendadak
Saya mempunyai dua sisi pikiran,baik dan jahat. Pikiran jahat selalu mendominasi, tetapi pikiran yg baik selalu menang. Saya pernah tiba2 berimaginasi yg saya membunuh org terdekat saya ketika mereka tidur dengan menikam bertubi tubi. Pikiran baik saya akan timbul apabila pikiran jahat saya berleluasa. Memang nampak kelakar tetapi itulah kenyataan. Sekarang ni masih boleh dikawal. Saya cuma nak tahu, apa jenis penyakit saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Kondisi seperti itu perlu dinilai oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:
- gangguan spektrum personaliti anti sosial yang berat
- gejala depresi disertai gangguan psikotik
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan mental organik
- gangguan psikologi akibat dari pengaruh luar
- atau gangguan yang lain
Buat masa ini, saya berharap anda memberanikan diri untuk bersemuka dan berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat ( yang dipercayai ) sebagai sokongan emosi dan selanjutnya agar tidak lagi mengisi masa terluang dengan adegan & watak fiksyen yang negatif. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk anda, sekiranya tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami juga menasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing tersebut, kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri serta orang lain
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.