
Sulit
3 tahun
Menahan membuang air besar berhari - hari disebabkan pernah mengalami sembelit dan kini takut menjadi takut untuk membuang air besar
Saya ada seorang anak berumur 3 tahun 10 bulan. Dia jenis yang suka menahan berak sampai berhari hari dan menyebabkan kami terpaksa menyucuk bontot dgn ubat supaya dia berak. Akan benda ni dh jd kebiasaan dan menyebabkan … selang 5 hari tidak berak kami cucuk… takut if dia x berak 5 hari menyebabkan kuman dalam perut. Saya rasa anak saya ini trauma untuk membuang air secara semula jadi… kerana sebelum ini kami salah bg salah susu dan menyebabkan taiknya keras. Setelah tukar susu masalah taik keras tiada lagi akan tetapi dia mejadi takit dan menahan dari membuang air besar. Apakan yang perlu saya lakukan untuk membuat anak saya membuang air besar secara semula jadi tanpa menggunakan ubat cucuk bontot tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anak anda mengalami masalah menahan daripada membuang air besar. Ini memang sesuatu perkara yang boleh membimbangkan. Seperti yang anda sedia maklum, ini boleh berpunca daripada trauma masalah sembelit. Sebaiknya, anda merujuk kepada pakar kanak-kanak untuk mendapatkan kepastian jika masalah anak anda adalah disebabkan ketakutan atau masalah kesihatan lain. Doktor juga boleh memberikan nasihat untuk membantu anda.
Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu anak anda adalah :
- Memastikan anak anak selesa semasa menggunakan tandas
- ‘Positive reinforcement’ iaitu memberikan ganjaran jika anak anda berjaya membuang air besar
- Memberikan makanan yang mengandungi serat yang tinggi
- Memastikan anak anda meminum air secukupnya
Anda boleh berhubung dengan pakar kanak-kanak kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.