Anonymous
6 tahun
Mendapati payudara bermasalah
saya berumur 20an dan belum berkahwin baru baru ini saya dapati setelah mandi puting payudara saya berwarna putih dan bersisik. boleh saya tahu kenapa yaa?
6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Lebih banyak maklumat diperlukan untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi. Namun begitu, perubahan pada payudara adalah tidak boleh dipandang ringan. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perubahan pada puting payudara, antaranya:
- Ekzema
- Paget’s disease. Ini merupakan penyakit pada tulang yang boleh menyebabkan perubahan pada kulit salah satunya pada puting payudara
- Kanser payudara. Masalah kanser payudara adalah salah satu perkara yang perlu dikenalpasti agar dapat dirawat dengan segera. Salah satu simptom kanser payudara adalah perubahan pada puting payudara.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk segera merujuk kepada doktor bagi memberikan maklumat lanjut serta menjalani pemeriksaan yang selanjutnya. Anda boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
































