Sulit
3 tahun
Mengalami air liur berdarah selama sebulan lebih
Saya lelaki berumur 21 tahun,
Sejak dua menjak ni, air liur yg keluar bercampur darah, kadang2 nampk terang fresh blood, kadang2 just campuran darah dgn air liur, saya tidak demam atau batuk. Air liur berdarah tak keluar pada ludahan pertama. Mostly pada ludahan kedua… selepas sy keluarkan air liur berdarah, air liur saya kembali jernih/ tk ada darah untuk 1-3 jam. Lepastu ada balik.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, air liur berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Jangkitan bakteria pada gusi
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air. Anda disarankan untuk minum air secara kerap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.