
wanmuhammadsobri
5 tahun
Mengalami demam. Adakah perlu membuat ujian saringan
Sy berumur 26 tahun mngalami demam tak terlalu tinggi, sakit kepala dah lenguh di sekitar leher dan bahu.

5 tahun
Salam sejahtera
Saya memahami bahawa anda kini mengalami sakit kepala. Langkah terbaik adalah pengambilan ubat untuk kesakitan anda.
Namun sebelum itu, punca bagi sakit ini perlu untuk dikenalpasti terlebih dahulu agar penawar yang akan diberikan berkesan dalam menangani kesakitan anda. Antara punca kepada sakit kepala adalah seperti berikut:
- Allergic Rhintis, Alahan
- Jangkitan virus seperti influenza
- Sakit kepala berkelompok
- Migrain
- Radang sinus
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini