
Sulit
4 tahun
Mengalami Haid Sedikit
Saya ada sedikit pertanyaan mengenai masalah wanita.
Bulan ini saya mengalami haid yang amat sedikit. Tidak seperti bulan-bulan yang lepas.
Setitik atau setompok utk sehari. Kadang berselang hari haid turun tetapi masih lg dlm kuantiti setitik.
Adakah ini menunjukkan rahim saya mempunyai masalah? Saya juga masih ada rasa sakit senggugut walaupn tiada haid yang turun.
Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai 3 orang anak. Saya melahirkan anak nombor 2 dan 3 secara ceaser dan kini ank saya yang paling kecil sudah berumur 4 tahun. Saya juga menghidapi diabetes dan mengambil pil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, haid sedikit boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Senggugut tidak bermakna haid anda akan banyak. Ia merupakan salah satu simptom pramenstruasi yang boleh berlaku tanpa bergantung kepada aliran darah.
- Umur-dekat kepada menopaus, aliran darah akan menjadi tidak teratur dan mungkin berkurangan
- Berat badan dan diet- berat badan dan peratusan lemak dalam badan yang rendah boleh menyebabkan haid tidak teratur dan ringan sahaja. Begitu juga jika anda kehilangan berat badan secara mendadak
- Menyusu bayi
- Mengambil pil perancang-boleh menyebabkan haid ringan
- Stres
- Terlampau banyak bersenam
- Polycystic Ovarian syndrome (PCOS)-biasanya pesakit PCOS akan ada masalah diabetes juga. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa pakar wanita (gynaecologist) untuk penilaian lebih lanjut.
- Diabetes tidak terkawal-boleh mengganggu kitaran dan aliran haid
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Anda juga boleh mendapatkan pendapat pakar wanita (Gynaecologist) kami yang arif tentang sistem reproduktif wanita dan masalah-masalah kesihatan yang boleh timbul di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.