
Anonymous
5 tahun
Mengalami keguguran dan haid belum berhenti
Saya wanita dlm 19an dan baru berkahwin tahun ini. Saya juga mengalami keguguran janin 4 bulan lebih tanpa saya sedar dan saya belum lagi membuat pencucian dalam selepas keguguran. Adakah saya perlu mencuci dalam selepas keguguran? Dan saya juga mengalami haid keluar berketulan dan masih belum berhenti sehingga hari ini. Adakah ia normal atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, apabila terjadi keguguran sebaiknya puan mengunjungi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut dan menilai jenis keguguran yang anda alami. Hal ini kerana dikhuatiri terdapat sisa janin di dalam rahim. Sekiranya masih ada sisa, maka pencucian akan dilakukan oleh doktor.
Merujuk kepada pertanyaan anda tentang darah yang mirip haid, besar kemungkinan itu adalah darah nifas akibat dari keguguran kehamilan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.