
Sulit
3 tahun
Mengalami kencing berdarah tidal tahu puncanya
Saya berumur 18 tahun saya mengalami kencing berdarah sewaktu saya kencing saya yakin itu bukan period sebab saya baru Lepas habis period kejadian tersebut tidak berlaku kerap baru berlaku sekali sahaja apa Yang perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing berdarah. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
- Kecederaan pada organ peranakan
- Sindrom nefritik
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan secara terperinci adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih