
Sulit
4 tahun
Mengalami masalah kelamin ketika melakukan persetubuhan
Saya berumur 27tahun dan berkahwin. Saya mengalami masalah kerap beronani semasa bujan. Lebih kurang 2 kali seminggu. Selepas berkahwin, saya mengalami masalah zakar susah untuk tegang dan tegang tidak lama sehingga mendatangkan masalah untuk bersetubuh. Apa yang patut saya buat? Apa ubatan yang patut untuk saya ambil untuk merawat masalah zakar saya? Thank you in advance

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan zakar tidak dapat mengeras pada tahap yang sepatutnya ketika melakukan hubungan kelamin. Antaranya ialah:
- Mati pucuk
- Masalah jantung
- Atherosclerosis
- Kolestrol tinggi
- Tekanan darah tinggi
- Diabetes / kencing manis
- Obesity
- Parkinson
- Stress
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Bagi mengawal keadaan ini, tips berikut boleh membantu:
- Bersenam
- Berhenti merokok
- Berhenti melakukan aktiviti tidak sihat seperti onani
- Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
- Mengawal tekanan atau stress
Namun, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik bagi mendapatkan diagnosis tepat untk keadaan anda alami. Selain itu, untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, anda boleh rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih