
Sulit
5 tahun
Mengalami masalah kencing tidak lawas
Assalamualaikum doktor, saya mempunyai asik lelaki berusia 22 tahun. Beliau mengalami masalah kencing tidak lawas sejak 5 tahun yg lalu…sepanjang tempoh itu, setakat pengetahuan sy dia tidak pernah berjumpa atau hadir ke klinik atau hospital utk mendapatkan rawatan atau keterangan lanjut akan permasalahannya. Namun dia sering percaya penyakit kencing tak lawasnya itu ada kaitan dgn kanser prostat. Pernah sekali kami adik bradik bawa dia ke klinik kesihatan utk buat ujian saringan…seingat saya doktor di klinik tersebut hanya buat ujian air kencing dan keputusan menunjukkan adik sy hanya mengalami masalah kencing kotor sahaja. Dia diberi ubt minum tetapi dia tidak menyegerakan proses utk pulih itu. Maksudnya ubt itu hanya diletak sahaja di atas meja, tidak diminum dan wahlahhualam dia ada minum atau tidak selepas ketiadaan kami bersamanya.
Soalan saya, apakah tindakan yg blh saya ambil bagi mengesahkan telahan beliau yg mengatakan beliau ini terkena kanser prostat? Dan adakah terdapat rawatan@ubatan bg penyakit kencing tak lawas mahupun kanser prostat. Apa step2 yg blh sy lakukan dlm memastikan dari segi medical sy telah turuti semua langkah yg dianjurkan. Trma ksh doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan adik lelaki anda. Sebaiknya disebabkan adik anda telah lama mengalami masalah ini, sebaiknya dia dirujuk kepada doktor dan menjalani pemeriksaan sekali lagi. Masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat
Anda boleh membawa adik anda ke klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta terdekat, sekiranya perlu adik anda akan dirujuk kepada pakar. Anda juga boleh terus membawanya berjumpa pakar di hospital swasta sekiranya berkemampuan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih