
Sulit
4 tahun
Mengalami masalah membuang air besar, terdapat di tepi najis mempunyai putih
saya wanita berumur 16 ,apabila saya membuang air besar dan didapati ada selaput putih di tepi najis,adakah itu jangkitan atau perkara biasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kelainan pada warna najis. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum kami menyimpulkan penyebab sebenar masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berselaput putih yang anda alami ini boleh disebabkan oleh faktor seperti nanah pada bahagian dubur yang mengenai najis, warna najis akibat kurang sayuran atau pigmen hempedu ataupun kesan ubat-ubatan. Anda dinasihatkan untuk meningkatkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan bagi mngurangkan gejala sembelit dan buasir serta kesihatan usus yang baik. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih